Wednesday, December 29, 2010

31 DISEMBER : CUTI UMUM !!!

31 DISEMBER : CUTI UMUM !!!



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum  bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangksaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi….
Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad harimau muda yang telah berjaya menewaskan Indonesia secara agregat 4 – 2 di Stadium Gelora Bungan Karno, Jakarta.  Amat membanggakan apabila skuad dibawah pimpinan K Rajagopal telah berjaya merampas kembali piala yang telah kita dahagakan sejak dari 14 tahun yang lepas…dengan kemenangan bergaya skuad Harimau Muda ini sekali gus menepiskan segala tohmahan dan cacian orang ramai yang mengatakan bahawa Skuad Harimau Muda tidak boleh pergi jauh..kini taring harimau telah kembali..harimau muda kini bukan lagi harimau yang boleh diperlekehkan…Bak kata pepatah “jinak-jinak harimau sekali mengaum bergegar dunia”..itulah yang perlu dipegang oleh rakyat Malaysia bagi memberikan sokongan  sepenuhnya dalam
arena bola sepak Negara…Syabas dan tahniah diucapkan untuk Skuad Harimau Muda…

No comments:

Post a Comment